Tshirt Harijadi

Custom Birthday Tshirt
(Klik imej diatas untuk membuat tempahan)

SKiNi Collection menawarkan untuk mencetak Tshirt harijadi rekaan anda yang tersendiri. Ya..anda sendiri yang reka Tshirt Harijadi untuk insan tersayang..kami hanya cetak untuk anda. Dengan rekaan anda sendiri, bermakna Tshirt Harijadi ini sudah tentu sangat unik dan hanya dimiliki oleh anda atau insan tersayang anda (kecuali jika ada yang telah meniru rekaan anda, atau anda yang telah meniru rekaan orang lain..hehe).

Untuk mereka Tshirt Harijadi istimewa ini, SKiNi Collection telah menyediakan template untuk anda. Klik imej Tshirt Harijadi diatas untuk membuat tempahan dimana anda boleh pilih untuk mencetak hanya dibahagian hadapan atau ingin mencetak di bahagian depan dan belakang Tshirt. Anda juga boleh ‘submit’ atau ‘upload’ grafik rekaan anda sendiri untuk dicetak dihadapan Tshirt. Anda juga yang menentukan teks ucapan dibahagian hadapan dan/atau di bahagian belakang Tshirt Harijadi. Kami juga menyediakan pilihan Tshirt berbagai warna untuk merealisasikan keinginan anda.

JOM…hadiahkan sesuatu yang istimewa untuk insan tersayang anda di harijadi mereka yang bakal menjelang tiba.

Klik disini untuk melihat contoh Tshirt Harijadi yang telah dihasilkan oleh SKiNi Collection.

Tags: ,

No comments yet.

Leave a Reply