Tshirt Custom-designed (Ed Sheeran)

Alhamdulillah…kami baru saja menyelesaikan satu tugasan untuk tshirt custom-designed yang bertemakan Ed Sheeran. Mula2 terima tempahan, kami tertanya-tanya.. Ed Sheeran ni siapa ehh? Lepas Google baru tau siapa Ed Sheeran ni..penyanyi rupanya.. hehe..

Disini, sukacita kami nak berkongsi hasil cetakan Tshirt custom-designed ini

Ed Sheeran PackageUntuk pengetahuan semua, ‘paw’ yang berwarna oren tu dicetak keatas sejenis ‘heat transfer paper’ khas menggunakan pencetak inkjet yang menggunakan dakwat khas untuk fabrik, lalu di potong sekeliling gambar ‘paw’ tersebut dan kemudian di ‘heat-pressed’ keatas tshirt.

Tulisan ‘Ed Sheeran’ pula menggunakan sejenis ‘PU vinyl flock’ yang dipotong menggunakan digital cutter, kemudian di ‘heat-pressed’ keatas Tshirt.

‘Texture’ PU Vinyl flock yang sedikit tebal menjadikan tulisan itu seolah-olah timbul dari permukaan tshirt manakala permukaan ‘PU Vinyl flock’ pula jika dirasa dengan jari terasa seolah-olah baldu..hasilnya memang menarik.

sherlockedPelanggan yang sama juga memesan sehelai Tshirt I Am Sherlocked lengan panjang dari SKiNi Collection.

Terima kasih kepada pelanggan ini yang membenarkan kami berkongsi hasil cetakan khas ini di laman web kami.

Walau bagaimana pun, identity pelanggan ini kami rahsiakan demi menjaga ‘privacy’ pelanggan,

Yang paling membuatkan kami berasa gembira dan bersyukur, beliau amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diterima, dimana di-dalam emel maklumbalas dari beliau di-nyatakan seperti berikut:

Hello 😀
20140309_013615I’ve received both shirts already and I would like to say you did a great job at it.

For some feedback, the Ed Sheeran T looks really great.

Though I thought the paw print was going to be the same quality as the text; I mean it being a bit thicker and the print looks a bit blurred. But I understand that the pic quality that I provided was not of the best. So I can look past that.

The color of the paw is really spot on. It looks even better than the original color. The design looks really good from a good distance.

The Sherlock shirt I was actually impressed with. It looks really great.

Overall, I think you guys did a really great job. Thank you very much. I’ll be sure to come back to you for more custom shirt when I get more ideas for designs.
Thanks!

Anda juga boleh menempah tshirt custom mengikut rekaan dan citarasa anda. Sila Hubungi Kami bila-bila masa untuk berbincang tentang keperluan anda.

Tags: ,

No comments yet.

Leave a Reply