Soalan Lazim (FAQ)

(Q1) Apakah SKiNi Collection menerima tempahan untuk mencetak Tshirt menggunakan rekabentuk dari pelanggan sendiri?
(A1) Ya..kami amat mengalu-alukan tempahan dari pelanggan menggunakan rekabentuk grafik dari pelaggan. Sememangnya itulah teras perkhidmatam kami, iaitu mencetak Tshirt yang khusus (custom made) untuk pelanggan kami.

(Q2) Berapakah kuantiti minima yang diterima untuk mencetak Tshirt menggunakan grafik rekaan sendiri?
(A2) Anda boleh menempah Tshirt ‘custom’ rekaan anda sendiri dengan kuantiti serendah satu helai. SKiNi Collection tidak mengenakan syarat Minimum Order Quantity untuk mencetak Tshirt ‘custom’ anda. Itulah keistimewaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh SKiNi Collection menggunakan teknik ‘heat press’.

(Q3) Selain menggunakan kaedah mencetak Tshirt menggunakan teknik ‘heat press’, adakah SKiNi Collection menawarkan perkhidmatan mencetak Tshirt dengan menggunakan teknik ‘silkscreen’?
(A3) Tidak. SKiNi Collection hanya menawarkan perkhidmatan mencetak Tshirt menggunakan kaedah ‘heat press’ yang lebih cepat dan fleksibel. Kaedah ini juga menawarkan kos pencetakan yang kompetitif berbanding teknik ‘silkscreen’.

(Q4) Apakah kaedah mencetak Tshirt menggunakan ‘heat press’ ini mempunyai kelebihan dari kaedah cetakan ‘silkscreen’?
(A3) Setiap kaedah mencetak Tshirt mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. SKiNi Collection memilih untuk menggunakan kaedah ‘heat transfer’ bersesuaian dengan perkhidamatan yang kami tawarkan iaitu untuk menghasilkan Tshirt rekaan khas (custom designed Tshirt) dengan kos yang berpatutan tanpa mengenakan syarat kuantiti pesanan minima (minimum order quantity). Pada pendapat kami teknik ‘heat press’ lebih sesuai untuk tujuan ini memandangkan kaedah ini tidak menghadkan pilihan warna dalam setiap design dan masa yang diambil untuk mengeluarkan sehelai Tshirt khusus juga relatif cepat dengan harga yang kompetitif berbanding kaedah lain.

(Q5) Saya ingin menempah sehelai Tshirt rekaan saya sendiri yang mempunyai design yang menampilkan corak berbagai warna. Bolehkah teknik ‘heat press’ yang digunakan oleh SKiNi Collection menghasilkannya dengan kos yang berpatutan?
(A5) Dengan teknik ‘heat press’, semua corak dan ‘design’ akan dicetak menggunakan pencetak inkjet berwarna yang mempunyai dakwat khusus untuk fabrik keatas kertas khas terlebih dahulu sebelum proses ‘heat transfer’ dijalankan. Dari segi teknikal, tidak ada had untuk teknik ini menghasilkan design berbagai corak dan warna. Semuanya dihadkan oleh batas imaginasi pereka grafik yang menghasilkan rekaan untuk anda. Kos mencetak rekaan anda keatas kertas khas ini juga tidak dipengaruhi oleh bilangan warna yang terdapat dalam rekabentuk brafik Tshirt anda.

(Q6) Adakah SKiNi Collection menawarkan perkhidmatan rekaan grafik untuk menghasilkan Tshirt rekaan khusus yang unik untuk pelanggan?
(A6) Teras perkhidmatan SKiNi Collection ialah mencetak Tshirt rekaan khas menggunakan teknik ‘heat press’ berdasarkan grafik yang diilhamkan oleh citarasa pelanggan sendiri. Pelanggan kami disarankan untuk menyediakan rekaan grafik mereka sendiri (samada dengan rekaan pelanggan sendiri atau mengupah seorang pereka grafik professional untuk menghasilkan sesuatu rekaan grafik yang unik untuk anda. Walaupun begitu, pihak kami mungkin dapat memberi pendapat kami tentang kesesuaian sesuatu rekabentuk untuk kaedah ‘heat press’ mengikut kesesuaian kes.

(Q7) Bagaimanakah kaedah penjagaan fabrik untuk Tshirt yang dicetak menggunakan teknik ‘heat press’?
(A7) Setiap Tshirt yang dicetak menggunakan apa-apa juga teknik mencetak perlu diberi penjagaan yang sewajarnya untuk menjamin ketahanan baju anda.

Perkara-perkara berikut, jika diberi perhatian, akan menjamin kecerahan warna dan kualiti Tshirt anda akan kekal lebih lama.

– Basuh Tshirt anda dengan menterbalikkan baju anda
– Basuh Tshirt anda dalam air sejuk
– Jangan gunakan ‘bleach’ dalam basuhan.
– Basuh Tshirt yang berwarna secara berasingan.
– Jangan rendam Tshirt anda semalaman atau jangkamasa yang terlalu lama.
– Jangan gunakan berus keatas cetakan grafik anda.
– Jangan keringkan baju anda menggunakan mesin pengering.

Perkara-perkara yang disebut diatas bukanlah disarankan hanya kerana sehelai Tshirt itu dihasilkan dengan kaedah ‘heat transfer’, malah lengkah-langkah diatas adalah sesuai diamalkan untuk apa juga jenis Tshirt yang dihasilkan dengan apa juga teknik pencetakan.

(Q8) Adakah SKiNi Collection memberi apa-apa jaminan kualiti terhadap produk yang dijual oleh SKiNi Collection?
(A8) Kepuasan pelanggan adalah satu matlamat utama dan penting bagi kami di SKiNi Collection. Semua produk yang dijual oleh SKiNi Collection adalah tertakluk kepada Jaminan 100% Kepuasan Pelanggan. Sila lihat “Polisi Pemulangan Barang” untuk maklumat lebih lanjut.

(Q9) Setelah pesanan dibuat, berapa lama masa yang diambil untuk produk yang dipesan sampai kepada penerima?
(A9) SKiNi Collection pada dasarnya tidak menyimpan stok tersedia untuk mana2 Tshirt kerana kami hanya mencetak setiap Tshirt mengikut pesanan pelanggan. Secara umum nya, SKiNi Collection akan mengambil masa dari 2 – 5 hari untuk memperoses setiap pesanan bergantung kepada situasi berikut:
1. Jika kami mempunyai stok Tshirt kosong yang tersedia, kami akan mengambil masa 2 hari untuk mencetak dan menghantar Tshirt tersebut melalui PosLaju.
2. Jika kami tidak mempunyai stok Tshirt kosong, kami perlu membuat pesanan kepada supplier terlebih dahulu. Dalam situasi begini, kami akan mengambil masa 3 – 5 hari untuk membuat pesanan dan menerima stok Tshirt kosong, mencetak Tshirt dan seterusnya membuat penghantaran ke PosLaju.

Setelah penghantaran dibuat di pejabat PosLaju, masa yang diambil untuk Tshirt yang dipesan sampai ke alamat penerima bergantung pula kepada perkhidmatan PosLaju. Walau bagaimana pun, semua jangkaan masa diatas adalah berdasarkan kepada situasi normal. Jika sesuatu yang tidak dijangka berlaku, penghantaran mungkin akan mengambil sedikit masa tambahan untuk pesanan tiba kealamat penerima. Harap maklum.

No comments yet.

Leave a Reply