Polisi Pemulangan Barang

Satisfaction GuaranteedPolisi Pemulangan Barang SKiNi Collection memberi jaminan bahawa jika pelanggan kami tidak berpuas hati sepenuhnya dengan produk yang dibeli, SKiNi Collection akan mengembalikan keseluruhan harga yang telah dibayar untuk produk yang dimaksudkan, tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

1. Pelanggan perlu memaklumkan kepada SKiNi Collection, samada melalui emel atau/dan melalui telefon, dalam tempoh 24jam dari masa produk diterima sebab-sebab mengapa pelanggan tidak berpuas hati dengan produk yang dibeli.

2. Pelanggan perlu menghantar kembali produk yang dimaksudkan kepada SKiNi Collection dialamat seperti yang tertera didalam borang pesanan pelanggan dalam masa 2 – 3 hari bekerja dari tarikh pelanggan memaklumkan kepada SKiNi Collection tentang hasrat pelanggan untuk memulangkan produk tersebut.

3. Setelah produk yang dihantar kembali diterima oleh SKiNi Collection, kami akan menghubungi pelanggan dan mengesahkan penerimaan produk yang dihantar kembali.

4. SKiNi Collection akan mengembalikan sepenuhnya jumlah wang yang dibayar untuk produk tersebut dalam tempoh 2 – 3 hari bekerja dari tarikh pengesahan diatas.

5. Jumlah wang yang akan dikembalikan tidak melebehi harga yang dibayar oleh pelanggan untuk produk tersebut, tidak termasuk kos-kos lain yang bersangkutan dengan pembelian produk tersebut, seperti kos penghantaran, cukai kerajaan dan lain-lain kos yang tidak berkenaan dengan harga produk.

6. Kos pemulangan barang kembali ke SKiNi Collection adalah ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan.

7. Pelanggan juga boleh memilih untuk membuat pertukaran produk yang dikembalikan dengan satu produk lain yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Sebarang perbezaan harga diantara produk yang dikembalikan dengan produk yang ditukar mestilah dibayar oleh pelanggan atau dikembalikan oleh SKiNi Collection kepada pelanggan. Kos penghantaran dalam kes-kes seperti ini juga ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan.

No comments yet.

Leave a Reply