Custom Tshirt Untuk Geng Underwater Photography

Custom Tshirt Underwater photography

SKiNi Collection teleh diberi kepercayaan oleh sekumpulan penyelam scuba dari kalangan ahli-ahli fotografi dalam air (under-water photographer) yang secara tidak rasmi menggelarkan diri mereka Geng ‘Nelayan’ untuk menghasilkan Tshirt custom untuk ekspidisi fotografi mereka di perairan Sabah.

Nizam FinalRekabentuk yang dibuat sendiri oleh salah seorang Geng ‘Nelayan’ ini dicetak menggunakan kaedah heat transfer keatas Tshirt OrenSport High Grade (210gsm) yang berkualiti. Teks dibawah imej pula dipotong dari material PU Vinyl Flock yang sedikit timbul bila dicetak keatas Tshirt.

Hasilnya amat menggembirakan bagi Geng ‘Nelayan’ dan merupakan satu kepuasan bagi kami di SKiNi Collection. Terima kasih kepada Geng ‘Nelayan’ kerana memberi peluang kepada kami untuk bersama menjayakan ekspidisi fotografi anda di Tun Sakaran Marine Park. Semoga anda semua selamat pergi dan kembali.

Anda juga boleh mendapatkan Tshirt custom untuk apa jua tujuan dan occasion. Hubungi kami untuk berbincang tentang rekabentuk Tshirt custom anda bersama SKiNi Collection.

Tags: , , ,

No comments yet.

Leave a Reply