Archive | Tshirt Harijadi

RSS feed for this section

Tshirt Harijadi

Custom Birthday Tshirt
(Klik imej diatas untuk membuat tempahan)

SKiNi Collection menawarkan untuk mencetak Tshirt harijadi rekaan anda yang tersendiri. Ya..anda sendiri yang reka Tshirt Harijadi untuk insan tersayang..kami hanya cetak untuk anda. Dengan rekaan anda sendiri, bermakna Tshirt Harijadi ini sudah tentu sangat unik dan hanya dimiliki oleh anda atau insan tersayang anda (kecuali jika ada yang telah meniru rekaan anda, atau anda yang telah meniru rekaan orang lain..hehe).

Untuk mereka Tshirt Harijadi istimewa ini, SKiNi Collection telah menyediakan template untuk anda. Klik imej Tshirt Harijadi diatas untuk membuat tempahan dimana anda boleh pilih untuk mencetak hanya dibahagian hadapan atau ingin mencetak di bahagian depan dan belakang Tshirt. Anda juga boleh ‘submit’ atau ‘upload’ grafik rekaan anda sendiri untuk dicetak dihadapan Tshirt. Anda juga yang menentukan teks ucapan dibahagian hadapan dan/atau di bahagian belakang Tshirt Harijadi. Kami juga menyediakan pilihan Tshirt berbagai warna untuk merealisasikan keinginan anda.

JOM…hadiahkan sesuatu yang istimewa untuk insan tersayang anda di harijadi mereka yang bakal menjelang tiba.

Klik disini untuk melihat contoh Tshirt Harijadi yang telah dihasilkan oleh SKiNi Collection.

Tshirt Harijadi Untuk Ibu

Custom Birthday Tshirt

Alhamdulillah, Tshirt harijadi yang ditempah khas oleh Adik Irdina untuk harijadi ibunya ini adalah yang pertama dihasilkan oleh SKiNi Collection. Terima kasih Adik Irdina kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk mencetak Tshirt yang amat istimewa ini. Semoga Adik Irdina dan keluarga akan menyambut harijadi ibunya dengan penuh keriangan dan semoga diberikan kesihatan dan berada dalam rahmat Allah selalu kepada Adik Irdina dan keluarga.

Tshirt bergambar kartun (I am Desaminion) yang berwarna oren didalam gambar diatas adalah satu kejutan untuk Adik Irdina yang mana ia adalah hadiah istimewa SKiNi Collection untuk Adik Irdina kerana menjadi pelanggan kami yang pertama. Tahniah untuk Adik Irdina kerana menjadi pelanggan istimewa kami.

(Nota: Nama ibu dan tarik lahir dalam gambar diatas digelapkan untuk tujuan melindungi privasi pelanggan)

Anda juga boleh menempah Thirt khas untuk harijadi insan tersayang anda. Sila KLIK DISINI untuk membuat tempahan Tshirt harijadi anda. SKiNi Collection menerima tempahan untuk Tshirt custom walaupun hanya untuk kuantiti sehelai, yang bermakna hanya anda pemilik tunggal Tshirt tersebut..bukan kah itu amat istimewa?