Custom Tshirt Untuk Geng Underwater Photography

Custom Tshirt Underwater photography

SKiNi Collection teleh diberi kepercayaan oleh sekumpulan penyelam scuba dari kalangan ahli-ahli fotografi dalam air (under-water photographer) yang secara tidak rasmi menggelarkan diri mereka Geng ‘Nelayan’ untuk menghasilkan Tshirt custom untuk ekspidisi fotografi mereka di perairan Sabah.

Nizam FinalRekabentuk yang dibuat sendiri oleh salah seorang Geng ‘Nelayan’ ini dicetak menggunakan kaedah heat transfer keatas Tshirt OrenSport High Grade (210gsm) yang berkualiti. Teks dibawah imej pula dipotong dari material PU Vinyl Flock yang sedikit timbul bila dicetak keatas Tshirt.

Hasilnya amat menggembirakan bagi Geng ‘Nelayan’ dan merupakan satu kepuasan bagi kami di SKiNi Collection. Terima kasih kepada Geng ‘Nelayan’ kerana memberi peluang kepada kami untuk bersama menjayakan ekspidisi fotografi anda di Tun Sakaran Marine Park. Semoga anda semua selamat pergi dan kembali.

Anda juga boleh mendapatkan Tshirt custom untuk apa jua tujuan dan occasion. Hubungi kami untuk berbincang tentang rekabentuk Tshirt custom anda bersama SKiNi Collection.

Tshirt Harijadi

Custom Birthday Tshirt
(Klik imej diatas untuk membuat tempahan)

SKiNi Collection menawarkan untuk mencetak Tshirt harijadi rekaan anda yang tersendiri. Ya..anda sendiri yang reka Tshirt Harijadi untuk insan tersayang..kami hanya cetak untuk anda. Dengan rekaan anda sendiri, bermakna Tshirt Harijadi ini sudah tentu sangat unik dan hanya dimiliki oleh anda atau insan tersayang anda (kecuali jika ada yang telah meniru rekaan anda, atau anda yang telah meniru rekaan orang lain..hehe).

Untuk mereka Tshirt Harijadi istimewa ini, SKiNi Collection telah menyediakan template untuk anda. Klik imej Tshirt Harijadi diatas untuk membuat tempahan dimana anda boleh pilih untuk mencetak hanya dibahagian hadapan atau ingin mencetak di bahagian depan dan belakang Tshirt. Anda juga boleh ‘submit’ atau ‘upload’ grafik rekaan anda sendiri untuk dicetak dihadapan Tshirt. Anda juga yang menentukan teks ucapan dibahagian hadapan dan/atau di bahagian belakang Tshirt Harijadi. Kami juga menyediakan pilihan Tshirt berbagai warna untuk merealisasikan keinginan anda.

JOM…hadiahkan sesuatu yang istimewa untuk insan tersayang anda di harijadi mereka yang bakal menjelang tiba.

Klik disini untuk melihat contoh Tshirt Harijadi yang telah dihasilkan oleh SKiNi Collection.

Tshirt Custom-designed (Ed Sheeran)

Alhamdulillah…kami baru saja menyelesaikan satu tugasan untuk tshirt custom-designed yang bertemakan Ed Sheeran. Mula2 terima tempahan, kami tertanya-tanya.. Ed Sheeran ni siapa ehh? Lepas Google baru tau siapa Ed Sheeran ni..penyanyi rupanya.. hehe..

Disini, sukacita kami nak berkongsi hasil cetakan Tshirt custom-designed ini

Ed Sheeran PackageUntuk pengetahuan semua, ‘paw’ yang berwarna oren tu dicetak keatas sejenis ‘heat transfer paper’ khas menggunakan pencetak inkjet yang menggunakan dakwat khas untuk fabrik, lalu di potong sekeliling gambar ‘paw’ tersebut dan kemudian di ‘heat-pressed’ keatas tshirt.

Tulisan ‘Ed Sheeran’ pula menggunakan sejenis ‘PU vinyl flock’ yang dipotong menggunakan digital cutter, kemudian di ‘heat-pressed’ keatas Tshirt.

‘Texture’ PU Vinyl flock yang sedikit tebal menjadikan tulisan itu seolah-olah timbul dari permukaan tshirt manakala permukaan ‘PU Vinyl flock’ pula jika dirasa dengan jari terasa seolah-olah baldu..hasilnya memang menarik.

sherlockedPelanggan yang sama juga memesan sehelai Tshirt I Am Sherlocked lengan panjang dari SKiNi Collection.

Terima kasih kepada pelanggan ini yang membenarkan kami berkongsi hasil cetakan khas ini di laman web kami.

Walau bagaimana pun, identity pelanggan ini kami rahsiakan demi menjaga ‘privacy’ pelanggan,

Yang paling membuatkan kami berasa gembira dan bersyukur, beliau amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diterima, dimana di-dalam emel maklumbalas dari beliau di-nyatakan seperti berikut:

Hello 😀
20140309_013615I’ve received both shirts already and I would like to say you did a great job at it.

For some feedback, the Ed Sheeran T looks really great.

Though I thought the paw print was going to be the same quality as the text; I mean it being a bit thicker and the print looks a bit blurred. But I understand that the pic quality that I provided was not of the best. So I can look past that.

The color of the paw is really spot on. It looks even better than the original color. The design looks really good from a good distance.

The Sherlock shirt I was actually impressed with. It looks really great.

Overall, I think you guys did a really great job. Thank you very much. I’ll be sure to come back to you for more custom shirt when I get more ideas for designs.
Thanks!

Anda juga boleh menempah tshirt custom mengikut rekaan dan citarasa anda. Sila Hubungi Kami bila-bila masa untuk berbincang tentang keperluan anda.

Kemudahan Maybank2u Pay di SKiNi Collection

Pay With Maybank2uPayBerita baik untuk pelanggan-pelanggan SKiNi Collection yang mempunyai kemudahan perbankan internet Maybank2U.

Maybank2u Pay LogoDengan adanya perkhidmatan Maybank2U Pay yang ditawarkan di laman web SKiNi Collection, pelanggan hanya perlu klik kepada logo
Maybank2U Pay yang terletak dibahagian atas sebelah kanan laman web SKiNi Collection untuk membuat pembayaran.

Pelanggan boleh klik pada logo Maybank2U Pay pada bila-bila masa untuk membuat pembayaran kepada SKiNi Colection.

Pelanggan juga tidak perlu lagi memasukkan nombor akaun SKiNi Collection kerana semuanya sudah di-setkan oleh Maybank2U Pay. Terima kasih Maybank2U kerana menawarkan perkhidmatan Maybank2U Pay untuk pelanggannya.

Tshirt CR7 (Long Sleeve)

CR7 Black White LS

Peminat-peminat setia Cristiano Ronaldo…Tshirt, Tshirt versi lengan panjang ini bukan sahaja sesuai untuk peminat dari kalangan Muslimah yang mementingkan aurat, tetapi juga untuk semua peminat pemain sensasi ini. Juga terdapat dalam pilihan warna hitam dan putih. Dapatkan Tshirt ini segera!